Friday, December 30, 2011

Ak Rilek : Watak Amoi Disney versi Real

Posted By : Ahmad Imjan

Masa sebolom adanya Upin dan Ipin, Full metal Alchemist and so on, gua layan kartun disney doo..Xsangka pulak kartun ni se-'real' muka orang yang betul walaupun hanya illustrasi graphic. Tapi benda ni da tinggal sejarah coz bagi Pixar or Disney, 2D cartoon tidak lagi relevan katanya. Anyways, enjoice this Disney's Real amoi yang menggunakan teknik rendering oleh pakar graphickes.


Monday, December 26, 2011

AK Rilek : Skyrim Shuffle - I'm sexy and i know it

Posted By : Ahmad Imjan

This in really RARE!!! Ni merupakan sebuah parody tarian shufflin' untuk game The Elder Scroll V : Skyrim yang baru berapa bulan lepas keluar. Game ni sesuai untuk mereka yang matang and ganas..not suitable for forever alone. Aq main Skyrim tadi pun takda pun menari macam ni. haha. Tapi parody ni x buat aksi lucah macam video yang sebenar. Really2 gay. Klik link bawah untuk tengok video.

wiggle wiggle wiggle wiggle yeah!!!



Sunday, December 25, 2011

AK Info dan Tutorial : Apa Itu Processor Socket Intel 478 dan cara nak pasang(Part 1)


Posted By : Ahmad Imjan


Salam, harini AKMAJU akan cerita kat korang mengenai apa itu Processor Socket Intel 478. Tujuan post ini adalah untuk membantu mereka2 di luar sana build komputer sendiri tanpa bantuan orang lain. Sometime, there's a thing we can do by our own. What we just need is some tutorial and practice.


Yeay! Pakcik monang moto!

Thursday, December 22, 2011

AK Rilek : Iklan Hamster Everyday I'm Shufflin'

Posted By : Ahmad Imjan

Ni merupakan satu iklan kereta Kia Soul yang amat awesome. If Les Copaque can produce something like this, i hope they can make Sci-Fi genre movie. Cool...



Tuesday, December 20, 2011

AK Info & Tutorial : Apa itu HDD Docking dan Cara nak guna

Posted By : Ahmad Imjan

HDD(Hard Disk Drive) Docking merupakan alat untuk korang pasang Hard Disk korang banyak2 incase slot di dalam komputer korang telah abis diguna, ataupun nak cepat guna Hard Disk tersebut tanpa perlu pasang dalam komputer. Apa? tak faham? Klik link dibawah k.



Sunday, December 18, 2011

AK Rilek : Counter Strike is Funny


Posted By : Ahmad Imjan

Counter Strike merupakan game FPS yang paling dikenali ramai di seluruh dunia. Masa kecik dulu sanggup pergi CC dari pergi sekolah petang(Kat Johor waktu petang ialah sekolah agama). Jahilliah betul masa tu. Anyways, ini semua tinggal kenangan and today is Sunday, so enjoice this video. By the way, ini kat De_dust 2. Click the link below to see the video.


Saturday, December 17, 2011

AK Tutorial : Cara nak wujudkan kembali Task Manager yang disable disebabkan virus

Posted By : Ahmad Imjan

Salam, virus yang meng-disable-kan task manager adalah biasa tapi amat men-RAGE-kan kita semua. Dimasa kita memerlukan report harian dari Task Manager, masa itu jugalah virus laknatullah meng-DISABLE-kan Task Manager. Ini umpama kopi tanpa caffeine, coklat tanpa cadbury, upin tanpa ipin dan Najib tanpa Rosmah. Anyways, this tutorial tidak memerlukan apa-apa software untuk didownload, just taip benda simple dibawah.

Where's my Task Manager???

Thursday, December 15, 2011

AK Info : Kamera yang boleh dibaling untuk tangkap gambar (5 gambar + 1 Video)

Posted By : Ahmad Imjan

Ni merupakan satu prototype yang telah diuji dan dibina oleh Computer Graphics Group di Technisce University, Berlin yang membenarkan pengguna baling bola ni setinggi langit and bola ni secara automatik akan snap gambar panorama keadaan sekeliling. Benda ni dah dibuat tapi tunggu ada yang sudi melabur untuk buat benda ni secara komersial.

Lapisan luar untuk bola ni dicover oleh special protective foam yang boleh serap hentakan jikalau korang semua sengaja mahu biarkan bola ni mencium bumi. Dalam protective foam merupakan bahan yang diukir secara 3D oleh Shapeway yang menggunakan PA 2200 printer SLS(Selective Laser Sintering.)

Macam mana benda ni berfungsi? jika korang lihat kat tengah2 tu, terdapat controller board yang dipowering by lithium-ion bateri, dimana bila korang baling bola, accelerometer akan menghantar mesej ke contoller board berdasarkan kiraan berapa kelajuan yang korang buat dengan membaling bola ni. And bila bola ni sampai ke puncak tertinggi diorang apabila dibaling, 36 kamera yang ada akan mengambil gambar secara serentak dan mengabungkannya menjadi satu panorama. Gambar ni boleh dimasukkan ke dalam konputer menggunakan software khas.

Cool eh? If DSLR can be throw up up and away and automatically snaps images when it 'kiss' the earth, that would be awesome.




AK News : Transformers : Fall of Cybertron Cinematic(Video)

Posted By : Ahmad Imjan

Now this i call awesome. Trilogy movie Transformer sebelum ni bagi aq adalah crap. Really crap. Bagi aq hanya effect saja cantik but jalan cerita semua ke longkang. Anyways, ini adalah game untuk Transformer, and kisahnya mengenai kejatuhan Cybertron. I hope its storyline for this game are strong because they use the original form of transformer like in 80's.


AK Rilek : Hitler mengamuk bila KFC kensel kupon

Posted By : Ahmad Imjan

Benda ni dah slowpoke, tapi just nak share kat sape yang slowpoke jugak. haha, baru semalam je kot kfc kensel kupon tu, alih2 dah kata dah abis stok. Lol. Xpe, aku bukan kisah sangat pun coz aq bukannya hari2 gi KFC. Anyways, ini bukan tutorial seperti yang korang maklum, just nak share sesame kita k. Peace Yo.


Sumber : Blogserius & Amanz

Tuesday, December 13, 2011

AK Tutorial : Cara nak repair Pendrive Yang Korupsi (Cara 2)

Posted By : Ahmad Imjan


Ok, post ni adalah continuity untuk cara repair pendrive yang korupsi(Cara 1). And melalui pengalaman yang dah ada(disebabkan banyak search cara repair pendrive), xkesemua pendrive boleh diselamatkan datanya mahupun pendrive tu sendiri. Peluang adalah 50-50. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya, tapi kalau pendrive tu dah betul2 "mati", longkang ialah kuburnya.
Sekarang post terbaru tutorial kali ni ialah cara kedua untuk repair pendrive yang korupsi and peluang untuk selamatkan data.


Saya ingin membawa tranformasi dengan menjadi Power Rangers. Lame.


Sunday, December 11, 2011

AK News : Google Doodles menukar Logo Search Engine

Posted by : Ahmad Imjan

Harini 12/12/2011 merupakan hari kelahiran Robert Noyce, iaitu merupakan pengasas Intel dan Fairchild Semiconductor yang berpangkalan di Amerika. Intel yang terkenal dengan keluaran komputer peribadi & laptop juga merupakan pembuat cip semikonduktor terbesar di dunia. Gambar di bawah ialah merupakan gambar semiconductor yang ditukar oleh Google Doodle bagi memperingati Robert Noyce. Beliau juga dikenali di seluruh dunia sebagai bapa keusahawan dan beliau meninggal dunia pada July 1990 di rumahnya di Austin, Texas akibat serangan jantung.

Nice right? Now i will wait for another logo for  AMD, NVIDIA, GIGABYTE and ASUS. And the last one is KOMNAS.

AK Notification : Poll

Posted By : Ahmad Imjan

First of all, AK Maju nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang lawat blog ni terutama AVI. haha. Anyways, AK Maju nak mintak maaf sangat2 coz tak boleh nak update blog slalu coz ada kerja lain perlu disetelkan. And Ak Maju juga nak tau sebenarnya tutorial apa yang korang nak lagi supaya AK Maju boleh kongsi ilmu kat korang. Yelah, lagi senang kita post benda yang orang tanya and then kita wat tutorial. And kalau boleh pasal komputer k. Pasal politik, cintan, lestari ke, itu semua menuju ke recycle bin. Ombak rindu takpe.
Yeah!!!
So, AK Maju sebenarnya dah wat poll untuk korang undi sendiri nak banyakkan tutorial or info, coding dan sebagainya kat tepi sidebar ni. Jadi, undian anda amat dihargai bagi memudahkan sebarang posting dan membuatkan korang xjemu membaca. And kepada ada yang tanya tu AK Maju tu apa, ni sebenarnya kedai komputer, and i want to promote this kedai komputer to all of you. Nanti kalu kesempatan, i will make online shop for this kedai and will give u guys a nice price for computer's gadjet. Ok, that's all folks.

Perkongsian itu satu mahmudah

Friday, December 9, 2011

AK Info : Cara beli barang secara online yang kreatif di Korea Selatan( 4 Gambar +1 video)

Posted By : Ahmad Imjan

Cara pembelian barang makanan/harian secara online adalah amat sederhana penggunaannya di Malaysia. But in Korea Selatan, ini da jadi rutin harian diorang. Ni disebabkan menurut kajian, orang korea adalah orang yang kedua  terajin bekerja di dunia(Japan is first) dan nak maen shopping ni bagi diorang is a waste of time. So, Tesco HomePlus Virtual telah menjumpai cara untuk memudahkan rakyat korea membeli barang secara online dengan cara menampal iklan barangan makanan/di subway dan koreans hanya perlu snap code bar yang tertera di iklan tu guna smartphone and after that barangan terus dihantar ke rumah Pergh. Jadi hypothesisnya, benda ni relevan di korea but xrelevan di malaysia coz malaysian malas bekerja. That's why most of them have time to go shopping,right? and this post is about technology. Benda ni dah lama, but just nak kongsi. Peace.


AK News : iLusi Gambar yang Awesome oleh Julian Beever (7 Gambar)

Posted By : Ahmad Imjan

Ini bukan post untuk tutorial but just for fun after 9 hours working. Gambar di bawah merupakan ilusi lukisan yang dilukis di atas pavement. Lukisan yang dilukis oleh JB ini ataupun Julian Bieber, Justin Beever, Julian Beever ini juga merupakan salah satu masterpiece beliau dan dia juga hanya menggunakan kapur untuk melukis.  

Konsep yang digunakan ni juga adalah dinamakan anamorphosis yang merupakan teknik menghasilkan ilusi 3D apabila dilihat dari sudut yang betul. So, skung baru aq faham konsep yang digunakan dalam bolasepak yang iklan boardnya diletak kat sebelah tiang gol kiri dan kanan and bila tengok dari angle yang betul, nampak macam board tu berdiri. Lama la aq dok pikir kenapa goal keeper boleh jalan selamba atas board 'maya' tu. Ingatkan selama ni pakai laser projector. Nampak sgt aq ni kekampungan. Anyways, enjoy this awesome art.

Ni website beliau : Julian Beever

Wednesday, December 7, 2011

AK Rilek : Naruto versi Real Version

Posted By : Ahmad Imjan

Apa? ni bukan post berilmiah? hanya untuk golongan naruto freak? please.. Let me give u a tips. Orang yang kebanyakan suka tengok anime(not Hen & tie Ok!) actually kreatif and bijak2. Apa? Tipu? Ada yang xpandai? yang xpandai tu sebenarnya tengah tunggu seru untuk berubah. Dan bagi aq, video ni menggunakan certain SOFTWARE yang owsem untuk create video ni. So, ada kena mengena dengan SOFTWARE, berilmiah bukan? lagipun aq memang naruto freaks pun. So what??

"Imagination is more important than knowledge." - albert einstein




SumberThousand Pounds Fight Team

Tuesday, December 6, 2011

AK Tutorial : Cara nak repair Pendrive Yang Korupsi (Cara 1)


Posted By : Ahmad Imjan

* Ok, tutorial yang di post oleh AK Maju telah ditest dulu sebelum di-posting di blog and alhamdulillah semua tutorial takde masalah. Jadi jika ada sebarang pertanyaan macam xdapat buat ke, please kindly inform us. 

So, seorang hamba Allah telah minta saya wat tutorial cara nak repair balik Pendrive yang terlibat dengan korupsi.Politics right?. Anyways, pendrive yang diguna untuk tutorial ini adalah SanDisk Cruzer Blade 8Gb. Jika terdapat masalah xfaham, bitau k.

Damn True!

Monday, December 5, 2011

AK News : Cerita tentang Mozilla

Posted By : Ahmad Imjan

The design is cool, how they make those presentation is mostly brilliant. It's energetic, mostly the graphic. Don't make me start with the graphic. haha.. The build is... Huh? Wait, what.... this whole video is about Mozilla Firefox? But i though its a.. What???????? I'm using a firefox?  Please..Mine is Chrome. Chrome is 10000000 always better than firefox. Anyways, enjoy this meaningless 3-minute-waste-of-my-life video. Chrome is Legenddddddddddd..................wait for it....


Dary!!!!! Legendary!!!!!!

Friday, December 2, 2011

AK Rilek : Karaoke Party Online

Posted By : Ahmad Imjan

Setelah korang penat bekerja or study, mesti nak rilek - rilek and santai2. So, post AK Rilek yang first time baru tulis ni akan tunjuk kat korang satu laman web untuk korang karok sepuas - puas nya. Now, no need to be shame because you can karok alone in your room because your voice like Shrek(not me ok! Damn it. FML). Anyways, benda ni amat best coz korang boleh ada score, boleh compete ngan kawan2 and practice korang punya turun naik nada dering korang. By the way, lagu yang ada hanya omputih je k.. melayu2 tarak.. enjoice. Ni link nya. Register kejap je. Pastu boleh melalak.
Karaoke Party

Bapak ar! Gua nyanyi lagu Train bai!

I'm trying ok! (percubaan kali ke 8)
Enjoice Everyone!

Thursday, December 1, 2011

Ak News : LAN Gamerz Party Terbesar didunia (13 gambar)

Posted By : Ahmad Imjan


Warghh.. best nya kalu dapat pergi. Ni merupakan satu event komputer gamerz terbesar di dunia iaitu DreamHack Winter 2011 di Sweden. Event ini desertai oleh 12000 peserta dan game yang ada ialah Starcraft 2, Counter Strike and dll.So,mereka - mereka ni akan bertapa selama beberapa hari untuk event ni. Adakah komputer disediakan?Nope. Bring ur own damn computer!


 Anyways, aq ni peminat battefield and Call of Duty. So..Dota...heh...


Ak Tutorial : Cara Manual Delete Virus Shortcut Guna cmd

Posted By : Ahmad Imjan


Virus, virus, virus... why.. why.. why you come to my life and sneak into my pendrive..there was nothing in there..not even porn ok.. please.. don't be such a bullshit.. Wait. What? u said u dont care? u still want to make shortcut to my folder?? Helllllllllllllll NO! 

"I never know this trojan horse would be a real virus in the future, please don't sue me" - Achilles(Troy's Movie)

Tuesday, November 29, 2011

AK Info : Cara Hack Skrin Komputer(Only visible for you!)

Posted By : Ahmad Imjan

Sometime, sebagai manusia yang baligh, kita memerlukan masa untuk bersendirian dengan komputer. U know what i mean right? right? haha, anyways, ahli Instrucables iaitu Dimovi menjumpai cara untuk buat skrin korang hanya visible untuk korang je.

AK Info : Konsep Kereta Versi Smartphone (10 Gambar)

Posted By : Ahmad Imjan

Damn, this is WINRAR!
Syarikat pembuat kereta Japang iaitu Toyota telah berjaya mereka konsep kereta sebijik mempunyai keupayaan seperti smartphone. Its name is Fun-Vii and yang damn nya, paparan seperti smartphone ni bukannya hanya terletak dalam kereta sekali, tetapi di badan kereta tu jugak.

Kereta ni jugak korang boleh tukar warna ikut mood korang dan dikatakan boleh ubah reka bentuk sekali. Damn futuristic! Damn awesome! This is Legend.....Wait For It.


Wednesday, November 23, 2011

AK Tutorial : Cara Backup driver gune software tambahan (Part 2)


Posted by : ANE HAL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakyat jelata...anda semua sihat??
kat sini ane hal nak sambung tutorial part 2 untuk melengkapkan ilmu yang dah separuh jalan..


yah!!!teruskan berjalan, jgn separuh jalan jer!!go!!go!!go!!


Tuesday, November 22, 2011

AK Tutorial : Cara backup driver gune software tambahan (Part 1)



Posted by : ANE HAL

Assalamualaikum……

         Harini, saya ANE HAL ade sedikit ilmu nak kongshare kat kengkawan yg dikasihi dan di ucuk2kan…ane hal nak berkongsi tentang kepentingan driver…bukan pemandu ye, tetapi driver itu adalah suatu perisian di dalam computer. Contoh yang boleh saya terangkan lagi, seperti driver audio, kalau kite tak install driver ni lepas format computer, computer tidak akan kedengaran paper bunyi..tak leh la nak dgo lagu asfan nanti..

graaaauuuuuu!!!(suara kucing gatal)

Thursday, November 17, 2011

AK News : Facebook Digodam Dengan Gambar Lucah - Penjenayah dikenalpasti

Posted By : Ahmad Imjan


Mesti korang bengang kan bila ada kawan2 korang marah korang xtentu pasal coz pos benda2 lucah kat FB tanpa pengetahuan korang. Ini terjadi bila korang klik link post lucah tersebut yang terpapar pada wall, automatik korang punya FB terjebak dengan sindiket pelucahan ini.



Wednesday, November 16, 2011

AK Tutorial : Cara Setting Jumper Untuk PATA(Part 3)


Posted By : Ahmad Imjan

Ok, last week post kita lihat perbezaan SATA dan PATA, and skung kita lihat cara nak pasang Jumper untuk Hard Disk berjenis PATA. Tujuan Jumper pada Hard Disk mahupun pemacu lain seperti Optical Drive berjenis PATA(IDE), adalah bertujuan untuk memilih susunan sesuatu peranti mengikut MASTER n SLAVE or Cable-select device.


Master and Slave. LOL

Wednesday, November 9, 2011

AK info & Tutorial : Apa itu PATA dan SATA(Part 2 : SATA)

Posted By : Ahmad Imjan

Ok, quick review about SATA. Sejak jadi technician bertauliah ni, tak sempat nak menhapdet blog AKMAJU. Sorry k brutha n sista! Beberapa hari lepas, AKMAJU ada tunjukkan macam mana paras rupa En Pata b Ramli. Skung kita tengok pulak rupa paras cik Sata bt Halim.

haha, lol, lmfao

Monday, November 7, 2011

Sunday, November 6, 2011

AK info & Tutorial : Apa itu PATA dan SATA(Part 1 : PATA)

Posted by : Ahmad Imjan


   Salam kepada semua. Harini AKMAJU akan bercerita tentang PATA(IDE) dan SATA. Lebih macam Beauty and the Beast, Tristan and Isolde, Datuk K dan Siti dan lain-lain lagi. PATA(IDE) dan SATA juga merujuk kepada Computer Bus(Transit dalam komputer) yang menghubungkan host bus adapter kepada pemacu yang berkenaan seperti Hard Disk dan Optical Drive. Untuk post seterusnya nanti, kita akan wat Tutorial cara nak pasang IDE dan SATA.

Salah seorang pekerja AKMAJU yang sebok membuat research

Thursday, November 3, 2011

AK Info & Tutorial : Perbezaan RAM Laptop & Cara nak keluarkan RAM (LAPTOP VERSION) PART 2

Posted By: Ahmad Imjan

Salam kepada semua, so kita sambung balik posting aritu untuk PART 2 pulak. Hari ni AKMAJU akan bercerita mengenai cara untuk keluarkan RAM laptop. Sobolom tu, aduh, cakap noghori eh, kita perlu tau apa itu SO-DIMM. Tema AKMAJU harini ialah setiap kemanisan ada kepahitan.

Storess eh nok bokak Ram x dapek2

Tuesday, November 1, 2011

AK Info : Perbezaan Hacker dan Cracker

Posted by : Ahmad Imjan

Ok, some people start to argue with the differences between hacker and cracker. It's more like the DEVIL is the cracker and the ANGEL is the hacker. Bahasanya kemelayuannya ialah umpama kerana nila setitik, rosak milo seperiuk. Sumpah merepek.

Anyways, for me, when u have a knowledge, share it for good but dont abuse it. Hacklah untuk amal jariah serta berbuat kepada manusia. Bukankah itu amalan mulia lagi berpahala?

DAH2!!! Banyak merepek.

"Senyum, xperlu kata apa2" - Moto Kumpulan Anonymous, pakar penggodam. Gambar ini diambil semasa konvo di PICC.

Sunday, October 30, 2011

AK Info & Tutorial : Perbezaan RAM & Cara nak pegang RAM (PC VERSION) PART 1

Posted by : Ahmad Imjan
  
Ok, semalam kita dah tau cara nak guna NETCUT oleh admin baru iaitu Ane Hal, sekarang ni kita lihat perbezaan RAM yang kita perlu tahu. Tujuan post ni ialah membantu sedara-sedara yang nak beli RAM tapi tak tau RAM dia jenis apa. Keja nak men-upgrade je, tapi jenis RAM xtau. Walaupun mungkin sesetengah orang dah tau, but like always, tema AKMAJU hari ini ialah "berkongsi itu satu kemanisan".


Sikap tolong menolong AKMAJU bukan hanya di Segamat, Johor sahaja semasa banjir, malah sehingga di Uganda.

Saturday, October 29, 2011

AK Info : NETCUT - Pembasmi pencuri line.

Posted by : Ane Hal
(Suara gedik)
Salam u all! today, i want u teach u all kan how to ajar cukup2 people that rude sangat2 steal my streamyx line. I'm so angry u all, i pays penat2, diorang sedap2 download cerita  omputih. Ewww, geramnnya!! i pakai streamyx pun tengok drama tv3 kat TONTON jew..

Baru i tau muka i huduh kalau i marah. Sorry my kitten.


Takpe2..hari ni kan i found satu sofware yang boleh sunatkan(disconnect) terus pencuri2 ni. Yaa, maybe some of u already know, but this is knowledge u know, everyone needs to know.

So, NETCUT, like its name, is the software that cut unwanted IP from use your line for free. Sorry ya u all, my english is bad i think, i only got Band 1 u know. So, if u geram dengan that pencuris, just klik disconnect on desired IP. I kalau marah, memang nak menyumpah tau, jadi i sebut disconnect je la, kan berlapik.

AK Tutorial : Format Windows 7

Posted by : Ahmad Imjan
Salam kepada semua, beberapa hari lepas, AK MAJU dah paparkan cara untuk format menggunakan windows XP. So, sesetengah orang tanya, kenapa tunjuk cara format Windows XP, kenapa tak 7 terus. Jawapannya ialah, apabila korang nak belajar sesuatu, biarlah bermula dari pangkal, jangan lompat terus ke tahap seterusnya. So, in my experience, siapa-siapa dah tau cara format Windows XP, biasanya tiada masalah untuk format Windows 7. Ok, no more membebel like a dad, lets go to the next step.

langkah-langkah keselamatan sebelum Format Windows 7.

1. Biasalah, backup. Rasa tak perlu diulang tapi sesetengah orang mungkin lupa. 
2. Cari driver untuk PC/Laptop korang. Dalam post Format windows XP yang lepas, aku ada cakap yang Windows 7 biasanya support semua driver. Tapi my bad, ia hanya support sesetengah sahaja..i'm sorry for my mistake. Lepas ni aq akan ajar sekali cara untuk tengok driver korang dah install secara perfect ataupun belum.
3. Like always, reminder for all beginner, please do it on your own PC/Laptop. Kami taknak perkara buruk berlaku kepada anda seperti disiram air panas mahupun di cop dengan seterika di belakang tengkuk apabila gagal dalam memformat laptop/PC orang lain. Practice make perfect k. 

CARA UNTUK FORMAT WINDOWS 7

1. Masukkan CD Windows 7 dan Restart.
2. Sila setting boot sequence untuk boot CD. Rujuk post Cara Format Windows XP untuk lihat cara setting boot sequence dalam BIOS.
3. Selepas setting, tekan F10 dan Y dan Enter dan Tunggu.
4.  Lepas ni, akan keluar paparan " Please press any key...". Dengan sepantas kilat, selaju angin, tekan apa2 key di keyboard anda. Paparan berikut akan keluar.




Tuesday, October 25, 2011

AK Tutorial : Format Windows XP

Posted by : Ahmad Imjan
Ramai orang request ngan Ak Maju ajar cara nak format. Senang je format ni.  But, i know, sesetengah orang tak dapat belajar cara format komputer/laptop mungkin disebabkan tiada masa ataupun masa mencemburui mereka. So, have no worry, like always, i will help u guys.

So, sebelum FORMAT, sila ikut step ni dulu:

1) sila - sila lah ye BACKUP barang kesayangan anda. Jangan dah format mula la lupe nak backup la, pastu nangis pijak-pijak lantai.

2)Kepada pemilik laptop/pc, sila backup driver anda or download di website yg sepatutnya. Berbeza dengan windows 7, windows XP masih xsupport kesemua driver secara automatik.

3)and kepada beginner..please..do it on your own pc/laptop.. sebelum korang ditibai oleh rakan-rakan kerana salah format, baik korang penuhkan ilmu di dada dulu sebelum format laptop orang lain..

Ok, lets go to next step bebeh..

1) Pastikan ada CD Windows XP dulu. Xkisahla service pack brape pun, 1 or 18.

2)Sumbat dalam CD ROM korang.

3)Restart. 

4) Paparan POST akan keluar. Paparan POST adalah paparan mula-mula sekali bila korang on PC/laptop. Tekan F2 atau DEL untuk masuk Bios.Tujuan kita masuk bios untuk setting boot sequence. Tujuan boot sequence adalah untuk susun yang mana perlu diboot dulu untuk masuk ke dalam sesuatu sistem. Untuk komputer baru, kita just tekan DELETE untuk masuk ke dalam BIOS.. contoh mcm AMIBIOS ni. Sesetengah BIOS guna F2.


Pergi kat Boot, and pilih first boot sebagai DVD WRITER, second boot adalah HDD. E.g:

First Boot      [cdrom]
Second Boot [Hdd]


Thursday, October 20, 2011

AK Tutorial : Cara improve performance laptop/PC guna defrag

Posted by : Ahmad Imjan
DEFRAGMENTATION






Pemecahan(Fragmentation) merupakan satu istilah komputer yang merujuk kepada penyusunan file. Jika penyusunan file berselerak, komputer biasanya mengambil masa untuk mencari. Lebih kurang macam rak buku, kalau korang susun berterabur, 8 tahun ar jugak nak cari kan?


Jadi, tujuan defragment adalah untuk menyusun fail yang dah berterabur. Korang kan memang suka berterabur.
So ladies n gentlemen, have no worry. I will help u.


Langkah-langkah:

Monday, October 17, 2011

Ak Game = Mirror's Edge

Posted by : Ahmad Imjan
Game Mirror's Edge ni dah lama sebenarnya dah keluar, tapi just nak berkongsi bersama. Barang yang baik jangan dilayan sorang, ye dak?

Mirror Edge merupakan game First Person Shooter(FPS) dimana korang akan lompat, panjat, jatuh, slide dan break dance. Game ni lebih melibatkan kepada momentum, kelajuan dan kepakaran korang untuk memilih cara untuk 'lari'.