Sunday, October 30, 2011

AK Info & Tutorial : Perbezaan RAM & Cara nak pegang RAM (PC VERSION) PART 1

Posted by : Ahmad Imjan
  
Ok, semalam kita dah tau cara nak guna NETCUT oleh admin baru iaitu Ane Hal, sekarang ni kita lihat perbezaan RAM yang kita perlu tahu. Tujuan post ni ialah membantu sedara-sedara yang nak beli RAM tapi tak tau RAM dia jenis apa. Keja nak men-upgrade je, tapi jenis RAM xtau. Walaupun mungkin sesetengah orang dah tau, but like always, tema AKMAJU hari ini ialah "berkongsi itu satu kemanisan".


Sikap tolong menolong AKMAJU bukan hanya di Segamat, Johor sahaja semasa banjir, malah sehingga di Uganda.




Ok, secara asasnya, RAM memang terdapat banyak jenis, tapi kita narrowkan kepada tiga je lah iaitu DDR 1 SDRAM, DDR 2 SDRAM dan DDR 3 SDRAM. DDR-DIMM namanya yang lain dan paling ringkas dipanggil DDR.


DDR SDRAM merujuk kepada Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory.
Sapa nak wat assignment boleh ambik kat sini.


Cara nak buka RAM dekat PC
- Mesti kena bukak casing dulu.
- Lihat slot untuk RAM. Di setiap tepi RAM tersebut terdapat 1 klip yang menahan RAM tersebut. Just tekan klip tersebut and pegang ram tersebut di penjuru atas kiri dan kanan. Seperti Processor, RAM adalah amat sensitif kepada static charges dan perlu di pegang secara berhati hati. Jangan sesekali sentuh metal conductor ram tersebut. Untuk buang charge static, sila pegang komponen metal di badan PC.



Ini RAM

Keluarkan dengan cara mahmudah

RAM amat sensitif seperti wanita


Perbezaan RAM






-Ok, perbezaan pertama yang kita  boleh lihat ialah kedudukan slot untuk setiap jenis RAM. Setiap jenis RAM mempunyai kedudukan slot yang berbeza.

-Yang kedua ialah jumlah pin warna tembaga di bawah sekali. Jumlah pin untuk RAM DDR1 ialah 184 manakala RAM DDR2 dan DDR3 ialah 240 pin. Jadi, kalau konfius RAM DDR1 dan DDR2 dia punya kedudukan slot hampir sama, sila lihat pin mereka.

-Dan yang ketiga kita boleh lihat ialah label sticker yang ditampal kat RAM. Sesetengah manufacture terus label RAM jenis apa, tetapi sesetengah nya menggunakan label Data Rate.




Lihat pada DATA RATE

Jadi, anda dah tahu jenis RAM anda. Terus datang ke AKMAJU and order dengan kami.
Apa? xtau lagi? sila hantar ke kedai AKMAJU ok. We love to help(Work time only).

END PART 1.