Saturday, October 29, 2011

AK Tutorial : Format Windows 7

Posted by : Ahmad Imjan
Salam kepada semua, beberapa hari lepas, AK MAJU dah paparkan cara untuk format menggunakan windows XP. So, sesetengah orang tanya, kenapa tunjuk cara format Windows XP, kenapa tak 7 terus. Jawapannya ialah, apabila korang nak belajar sesuatu, biarlah bermula dari pangkal, jangan lompat terus ke tahap seterusnya. So, in my experience, siapa-siapa dah tau cara format Windows XP, biasanya tiada masalah untuk format Windows 7. Ok, no more membebel like a dad, lets go to the next step.

langkah-langkah keselamatan sebelum Format Windows 7.

1. Biasalah, backup. Rasa tak perlu diulang tapi sesetengah orang mungkin lupa. 
2. Cari driver untuk PC/Laptop korang. Dalam post Format windows XP yang lepas, aku ada cakap yang Windows 7 biasanya support semua driver. Tapi my bad, ia hanya support sesetengah sahaja..i'm sorry for my mistake. Lepas ni aq akan ajar sekali cara untuk tengok driver korang dah install secara perfect ataupun belum.
3. Like always, reminder for all beginner, please do it on your own PC/Laptop. Kami taknak perkara buruk berlaku kepada anda seperti disiram air panas mahupun di cop dengan seterika di belakang tengkuk apabila gagal dalam memformat laptop/PC orang lain. Practice make perfect k. 

CARA UNTUK FORMAT WINDOWS 7

1. Masukkan CD Windows 7 dan Restart.
2. Sila setting boot sequence untuk boot CD. Rujuk post Cara Format Windows XP untuk lihat cara setting boot sequence dalam BIOS.
3. Selepas setting, tekan F10 dan Y dan Enter dan Tunggu.
4.  Lepas ni, akan keluar paparan " Please press any key...". Dengan sepantas kilat, selaju angin, tekan apa2 key di keyboard anda. Paparan berikut akan keluar.





A. FORMAT 7 : SET BAHASA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA


Sila setkan bahasa yang korang nak, serta apa-apa yang disuruh. Selepas berpuas hati, sila tekan NEXT.


Tekan INSTALL NOW. NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*emosi tak terkawal. 

B. FORMAT 7 : LESEN PERSETUJUAN JPJ


Sila tekan "I accept the license terms". Kalau nak baca, silakan. Read it. Fine. No one cares. 

C: FORMAT 7 : PILIHAN ANDA DI HUJUNG JARI


Pilih Custom(advance) untuk format secara FRESH GRADUATE.


D: FORMAT 7 : PEMILIHAN PARTITION




Ok, kepada yang nak buat Fresh Installation ke atas harddisk baru, sila tekan Drive option>New. Setkan korang punya saiz partition yang nak dibuat. Seperti gambar di atas, UNALLOCATED SPACE merujuk kepada ruang yang masih belum dicipta. Dalam bahasa kemelayuannya, ia umpama rumah yang besar tetapi tiada bilik. So, up to you untuk cipta berapa bilik bergantung kepada saiz rumah. Limit untuk create partition masa ni adalah 3. Jadi, sila gunakan ruang untuk create partition secara maksimum. Jika confius dan masih kelabu asap lagi, sila guna kalkulator :- eg

500 GB / 3 partition = 166 GB

Jadi setiap partition adalah sebanyak 166 GB. Terpulang kepada korang nak bahagikan setaip partition macam mana.

Dan kepada mereka yang hanya mahu format PC/Laptop mereka yang sudah terjebak dengan korupsi, sila pilih partition anda. Jika partition pilihan anda ialah C:(sistem kebiasaanya terletak di C. Bagi mengelakkan kekonfiusanness, sila labelkan partition anda semasa dalam desktop), pilih partition dan tekan format.

E: FORMAT 7 : MAKAN MAGGI SAMBIL TENGOK CERITA CHUCK


Ok, time ni korang leh rehat sebentar bersama kit kat or main futsal kejap sambil tunggu siap mengcopy..

F: FORMAT 7 : MENGISI MAKLUMAT YANG PERLU




Seperti gambar di atas, sila isi maklumat yang berkaitan dengan diri korang. Kepada yang isi password tu, buat la hint sekali k kalau takut lupa, tapi kalau dah tulis hint, tapi tak ingat jugak, bitau kat semua orang di sekeliling anda apa password anda masa tengah isi tu supaya mereka pun dapat tolong ingatkan anda. Bijak tak? Bijak..bijak.. Kalau taknak, terpulang. Selepas tu klik NEXT.




And then, sila isi PRODUCT KEY yang korang ada. Sure-sure yang pirate kan. Takpe2, diam-diam je k. Kepada yang tiba-tiba menghilangkan password dengan sengaja, Google lah Windows 7 Activator yang terdapat di toko jamu yang berdekatan. Dan yang penting sekali, sila UNCHECK "Automatically activate Windows bla bla". Jika tak, korang punya komputer punya OS punya masa akan ada tempoh expired 30 days. Tapi kalau guna activator, takda masalah KOT.. aku cakap KOT ok.. bukan gerenti jadi.


Dan seperti biasa, kepada ahli pirate semulajadi, sila JANGAN pilih yang berwarna hijau kerana itu semua dusta belaka. Sila pilih yang merah kerana merah itu sagu. Ini bagi mengelakkan counterfeit ter-update sendiri dengan sengaja yang boleh menyebabkan Windows korang jadi GENUINE sebanyak 8 kali.

Kepada yang kaya raya, pilihlah warna kesukaan anda kerana anda kaya.


And then, sila pilih waktu di mana anda berada. Lepas tu, Klik NEXT. Yeah BABY!



G: FORMAT 7 : BIRU ITU MAHMUDAH



Jika komputer/laptop korang ada wireless, silalah pilih pilihan yang bersesuaian.



And then, siap lah windows pramatang anda yang masih belum sempurna lagi tanpa driver dan software. Sila install barang-barang tersebut.

Merujuk kepada nak tengok driver apa yang tiada, sila klik kanan di My Computer dan pilih MANAGE. Selepas itu, pilih device manager. Jika terdapat driver yang masih belum install, dia akan keluar simbol amaran warna kuning. So, just tekan automatic update kepada yang ada internet. Kepada yang takde, sila download lah kat mane2.

Wait, what? Icon My Computer takda? jangan risau, klik kanan pilih PERSONALIZE>CHANGE DESKTOP ICON.

So, that's all folks.