Monday, October 17, 2011

Ak Game = Mirror's Edge

Posted by : Ahmad Imjan
Game Mirror's Edge ni dah lama sebenarnya dah keluar, tapi just nak berkongsi bersama. Barang yang baik jangan dilayan sorang, ye dak?

Mirror Edge merupakan game First Person Shooter(FPS) dimana korang akan lompat, panjat, jatuh, slide dan break dance. Game ni lebih melibatkan kepada momentum, kelajuan dan kepakaran korang untuk memilih cara untuk 'lari'.





AK RATE = 7/10

Game ni mengisahkan anak gadis cina kacuk melayu, Faith, seorang runner kepada rangkaian kumpulan underground, yang lebih tertumpu kepada membawa mesej rahsia atau sensitif kepada penerima. Maklumat mengenai mesej rahsia yang dibawa ini kurang jelas, tetapi akhirnya ia menyebabkan konflik yang melibatkan kakaknya,  seorang anggota polis yang dituduh membunuh bakal mayor. Jadi, selepas ni, Faith akan menjadi runner untuk tujuan lain, bukan membawa mesej, tetapi untuk membersihkan nama kakaknya dan mencari siapa yang membunuh mayor tersebut. Tengok wiki sudah, apa susah kan??

Rooney sepak bola ini macam!

Jadi, game ni sebenarnya akan menguji inteligent korang untuk pikir route mana yang sesuai untuk lari. Korang nak lari atas bumbung, bergayut atas tiang letrik, semuanya boleh dalam game ni. Dalam dunia betul korang mati. Game ni juga ada pelbagai aksi menarik seperti slide bawah batang paip, main kungfu dengan polis, dan melompat dari satu bangunan ke bangunan lain yang agak mustahil tetapi beliau boleh lakukan kerana beliau di dalam game.



Pergi membeli belah di Pasaraya MyDin serta dating bersama kekasih tercinta adalah mudah bagi Faith. Hanya perlu lompat

Sometime, game ni boleh tahan jugak ketololannye dimana anggota SWAT boleh tembak korang dengan perfectly accurate walaupun korang dah buat aksi macam beruk hilang anak. Anyways, this game have a lot of fun to offer. SO, ENJOY!