Sunday, November 6, 2011

AK info & Tutorial : Apa itu PATA dan SATA(Part 1 : PATA)

Posted by : Ahmad Imjan


   Salam kepada semua. Harini AKMAJU akan bercerita tentang PATA(IDE) dan SATA. Lebih macam Beauty and the Beast, Tristan and Isolde, Datuk K dan Siti dan lain-lain lagi. PATA(IDE) dan SATA juga merujuk kepada Computer Bus(Transit dalam komputer) yang menghubungkan host bus adapter kepada pemacu yang berkenaan seperti Hard Disk dan Optical Drive. Untuk post seterusnya nanti, kita akan wat Tutorial cara nak pasang IDE dan SATA.

Salah seorang pekerja AKMAJU yang sebok membuat research



Apa Itu PATA(IDE)?

(Parallel ATA)/ATA untuk nama yang lain, merupakan penghubung antaramuka standard yang menghubungkan sesuatu pemacu dengan motherboard. Kalau korang ada komputer yang lama-lama zaman Jepun 90-an dulu, korang biasa akan jumpa benda ni. Dan Pemacu(Device) ini juga menggunakan setting Jumper untuk menentukan kedudukan Master dan Slave. Konfius? Rilek. Dont serabut2. We will show you in next part.



IDE Cable - penghubung diantara 
Rupa bentuk fizikal PATA ialah beliau mempunyai 40 lubang pin, 40 dan 80 ribon cable(yang jalur2 tu) dan bukan Hot Pluggable(bukan main pasang terus leh guna). Data yang dihantar juga adalah secara Parallel(Selari) dan kelajuan menghantar data ialah 16Mb/s sehingga 133Mb/s. Damn Slow!. Ide cable ni juga ada penanda(lekuk) supaya korang tak tersalah pasang masa kat motherboard ataupun pemacu.

Motherboard yang guna PATA

Jika korang perasan yang slot warna hitam tu lebih kecil dari yang atas, itu merupakan slot untuk cable Floppy Disk(Disket punya pemacu da..).

Ada 34 pin and twisted cable

Cara nak kenal cable dia senang je, lebarnya lebih pendek dari cable Hard Disk dan ada koyak2 kat cable. Kenapa koyak(twist)? Nanti AKMAJU beritau. Sekarang kita concentrate dekat PATA.

Contoh Hard Disk yang guna PATA

Untuk gambar Hard Disk ni, penggunaan Jumper amat penting semasa penentuan Master dan Slave. Dalam bahasa kemelayuannnya, jika korang ada dua HDD(Hard Disk Drive) dalam PC korang, mesti korang tertanya - tanya yang mana satu korang nak set sebagai Master dan Slave. E.g.

Contoh Windows 7(OS) duduk dalam Hard Disk A. Manakala Hard Disk B tiada OS(Operation System). Jadi keutamaan mesti diberikan kepada Hard Disk A kerana beliau mempunyai OS. So:-

Master > Hard Disk A.
Slave > Hard Disk B

Kabur2 lagi? Takpe, nanti next part AK Maju akan tunjuk cara setting Jumper.


Master                                    slave                                                                                                                                    motherboard
Ok, merujuk pulak kepada gambar kat atas, pastikan biasa kan diri korang untuk pasang yang hujung kanan di kat motherboard. Ni supaya untuk kesenangan korang bila korang ada banyak Pemacu yang hendak dipasang. Tak salah nak pasang terbalik tapi jika ada HDD banyak or Optical Drive, sila lah dengar nasihat ye.

Banyak lagi yang korang perlu tau untuk IDE dan PATA sebenarnya, tapi AKMAJU hanya beritau yang basic je k. Untuk next part, kita akan belajar cata nak pasang IDE kat Pemacu dan Motherboard serta setting Jumper.

Done Part 1: PATA.