Thursday, November 3, 2011

AK Info & Tutorial : Perbezaan RAM Laptop & Cara nak keluarkan RAM (LAPTOP VERSION) PART 2

Posted By: Ahmad Imjan

Salam kepada semua, so kita sambung balik posting aritu untuk PART 2 pulak. Hari ni AKMAJU akan bercerita mengenai cara untuk keluarkan RAM laptop. Sobolom tu, aduh, cakap noghori eh, kita perlu tau apa itu SO-DIMM. Tema AKMAJU harini ialah setiap kemanisan ada kepahitan.

Storess eh nok bokak Ram x dapek2


CARA NAK KENAL RAM LAPTOP


SODIMM  merujuk kepada small outline dual in-line memory module. Lebih kurang macam DDR DIMM dalam post tempoh hari tapi kali ni bentuk nya agak pendek dari yang komputer punya.


\
gambaran perbezaan jantina


Buat masa ni, perbezaan fizikal untuk RAM DDR1 dan DDR2 masih dicari cari(ada tapi sikit), sekarang cara senang buat masa ni ialah guna software CPU-Z(download)untuk tengok jenis RAM. Korang install dan check RAM macam gambar kat bawah ni.


RAM laptop ambe ialah DDR2


CARA NAK KELUARKAN RAM DARI LAPTOP

LANGKAH 1 : Langkah keselamatan

- Sediakan screwdriver bukan magnetic(untuk bukak cover).
- Sarapan pagi.
- Tanggalkan bateri dan cabut kabel power.
- Buang power lebihan dengan tekan butang power banyak kali.
- Manual laptop anda.

LANGKAH 2 : Buka Casing

- Semua casing setiap laptop adalah berbeza, jadi rujuk korang punya manual untuk tengok kat mana kedudukan RAM.



- Pastikan korang tidak terjebak dengan static charge kerana ia boleh merosakkan certain part laptop terutama sekali RAM. Sila buang static charge tersbut dengan memakai Static Wrist Strap ataupun memegang bahagian besi komputer yang tidak bercat.


LANGKAH 3 : Buka dan ganti Ramlah Ram



- Jika korang punya SO-DIMM ada slot yang kosong lagi, sila skip langkah ini. Jika korang punye slot dah penuh, sila keluarkan dengan cara: -

  • Tekan di klip tepi setiap Ram seperti gambar di atas.
  • Cabut Ram tersbut dari slot.
  • Jangan gunakan apa - apa perlatan untuk cabut Ram.      

LANGKAH 4 : Ganti RAM



- Keluarkan RAM baru korang dari bag anti-static dan pegang pada penjuru.
- Pastikan kedudukan slot adalah betul.
- Pegan RAM tersebut pada kedudukan 45 darjah pada slot dan slidekannya pada slot tersebut. Pastikan RAM yang dimasukkan adalah kemas dimana hanya sedikit saja tembaga yang ternampak dari slot tersebut.


- Tekan pada RAM tersebut sehingga terdengar bunyi "snap" yang menandakan RAM sudah masuk slot.
- Pastikan korang tak tersentuh besi di dalam slot tersebut.

LANGKAH 5 : Test RAM korang dengan jayanya.

-Test RAM korang dengan On Laptop tersebut. Untuk lihat RAM tersebut ada ke tak, pergi kat My Computer>klik kanan>properties.

Done PART 2!