Thursday, November 17, 2011

AK News : Facebook Digodam Dengan Gambar Lucah - Penjenayah dikenalpasti

Posted By : Ahmad Imjan


Mesti korang bengang kan bila ada kawan2 korang marah korang xtentu pasal coz pos benda2 lucah kat FB tanpa pengetahuan korang. Ini terjadi bila korang klik link post lucah tersebut yang terpapar pada wall, automatik korang punya FB terjebak dengan sindiket pelucahan ini.



Jadi harini, FB telah mengumukan bahawasanya diorang berjaya mengenalpasti individu yang bertanggungjawab keatas benda yang xbertanggungjawab ni. Gambar2 dan video yang terlibat adalah kelucahan yang melampau serta keganasan yang ganas.Hah?

Anyways, jurucakap FB mengatakan dalam bahasa Englishnya "In addition to the engineering teams that build tools to block spam we also have a dedicated enforcement team that has already identified those responsible and is working with our legal team to ensure appropriate consequences follow". Translate sendiri k.



Telah dilabelkan sebagai "Guy Fawkes Virus", script tersebut dilaporkan mengekploitasi browser(pelayar) korang dengan membenarkan malware untuk post gambar, video atau link yang bukan milik pengguna FB. Walaupun begitu, serangan berani mati ini tidak melibatkan kumpulan hackers terkenal iaitu Anonymous yang secara clearly menyatakan mereka mereka ini tidak terlibat dengan aktiviti yang xberilmiah ini, kerana mereka bukan otak kuning katanya.
Proses yang kuang ajor ini dikatakan berfungsi keatas semua pelayar(browser), walaupun pengguna Chrome menafikannya. Serangan ini berlaku melalui spam yang mempunyai links, yang melibatkan tagged photo atau melibatkan selebriti kegemaran korang untuk menarik orang ramai mengkliknya. 

Masalah ini dikatakan berpunca dari pengguna komputer yang kurang celik IT dimana mereka disuruh untuk meng-paste coding malicious Javascript di browser address bar mereka. Since then, benda ni merebak kepada sesetengah user. 
Seperti yang korang lihat, cara spam macam ni seperti susah untuk mengesan kepala kepada segala bos spam ini. Walaupun begitu, bak kata Ane Hal, sepandai pandai peng spammer mengespam, jatuh juga ditangan FB. Raja Gelek Spam dua tersebut, Sanford Wallace, dikatakan menyerah diri pada polis setelah dua tahun siasatan.
Master of Universe
So, jika anda atau seseorang yang anda tau kena penyakit ini, ada 3 cara untuk halang benda ini. First, sila update browser anda. Dalam perkara ni, Chrome tidak terkena penyakit influenza lucah ni. Yang kedua, remove sebarang application FB yang berkait dengan account korang, terutama sekali yang korang kurang percaye. Dan last sekali scan komputer anda dari malware dan jangkitan virus menggunakan tools seperti Malwarebytes dan Microsoft Security Essentials.
Done.

Source : Techspot