Wednesday, November 16, 2011

AK Tutorial : Cara Setting Jumper Untuk PATA(Part 3)


Posted By : Ahmad Imjan

Ok, last week post kita lihat perbezaan SATA dan PATA, and skung kita lihat cara nak pasang Jumper untuk Hard Disk berjenis PATA. Tujuan Jumper pada Hard Disk mahupun pemacu lain seperti Optical Drive berjenis PATA(IDE), adalah bertujuan untuk memilih susunan sesuatu peranti mengikut MASTER n SLAVE or Cable-select device.


Master and Slave. LOL



Adik beradik jumper

Okey, maksud master and slave dalam konteks komputer ialah bila korang ada lebih peranti contoh macam Hard Disk ada dua, korang kena setting sapa jadi master and slave coz komputer zaman jepun dulu ni xdapat detect yang mana satu ada OS jika x setting jumper.

Ok, perlu diingatkan lagi bahawasanya, setiap peranti yang berhubung dengan IDE cable, mosti semostinya disetting jumper untuk master, slave atau cable-select device. Korang xleh ada dua master atau dua slave yang sama dalam kabel IDE(PATA) yang sama.



Gambar kat atas merupakan diagram yang menunjukkan cara setting jumper untuk sesuatu peranti. Setting untuk setiap jumper adalah berbeza mengikut Hard Disk dan korang boleh jumpe labelnya di atas Hard Disk  korang. Warna yang macam kotak biru tu merupakan jumper yang disediakan sekali bila korang beli Hard Disk berjenis PATA(IDE). Jumper ni ada macam2 aneka warna seperti hitam. biru, putih dan pelangi.


Cara nak masukkan jumper ialah korang masukkan jumper tu mengikut lubang yang bersesuaian seperti gambar kat atas. Kalau nak keluarkan balik, guna lah kuku korang untuk tarik jumper tersebut. Guna screwdriver pun boleh tapi hati2 supaya xkena pin besi pada HDD tersebut.

Cara -  Cara untuk configure pemacu Hard Disk(Master, Slave atau Cable Select)


> Jika hanya ada satu HDD dalam komputer korang, set jumper tersebut kepada Master.
> Jika ini merupakan HDD kedua korang, set kan kepada Slave.
> Jika ini merupakan HDD kedua korang, dan jika pemacu pertama korang pilih Cable Select, set jumper  kepada Cable Select.
> Jika korang mengantikan HDD baru, set jumper korang serupa dengan yang HDD sebelumnya.

Cable Select : 

> Cable Select merupakan setting default untuk PATA.IDE hard disk.  Dengan memilih Cable Select sebagai setting, BIOS akan memilih hard disk mana yang akan menjadi master atau slave berdasarkan kedudukan pada IDE cable. Lihat contoh gambar dibawah.

Master                                    Slave                                                                                                  Motherboard
> Maksudnya, jika korang letakkan ada 2 HDD dan letakkan pada Master dan Slave, Bios akan automatik pilih siapa Master dan Slave berdasarkan kedudukan seperti gambar di atas(hanya bila korang setting Cable Select).
> Jika HDD korang letak pada connector yang warna hitam tu, ia automatik jadi Master.
> Jika HDD korang letak pada connector warna kelabu, ia automatik jadi Slave.

Nota amaran kerajaan : Bila korang guna cable select ni, korang kena pastikan yang :

- Hos controller system korang support Cable Select.
- Hard Disk korang support Cable Select.
- Cable korang support Cable Select.
- Korang dah mumaiyiz.

Set Sebagai Master:

> Guna setting ni bila korang ada HDD tambahan untuk ditambah pada single IDE cable.
> Guna setting ni bila korang punya IDE cable xsupport Cable Select.

Set Sebagai Slave:

> Guna setting ni bila korang ada HDD lebih untuk dipasang pada single IDE cable dengan satu HDD yang dah diset sebagai Master.
> Guna setting ni bila korang punya IDE cable xsupport Cable Select.



32 GB Clip Setting:

Guna setting ni bila korang punye komputer dibuat sebelum November 1998 dan bila korang start komputer, akan keluar message "Hard Disk drive controller failure", ataupun system korang berhenti berfungsi bila korang pasang device baru. Ini terjadi bila saiz HDD terlalu besar untuk BIOS support.

32 GB Clip setting merujuk kepada sesetengah motherboard yang xsupport HDD yang 32 GB keatas. Jadi, kita perlu setting HDD ini kepada 32 GB clip setting bagi membolehkan motherboard detect HDD tersebut..

Sekian..End PART 3. Done.