Tuesday, December 13, 2011

AK Tutorial : Cara nak repair Pendrive Yang Korupsi (Cara 2)

Posted By : Ahmad Imjan


Ok, post ni adalah continuity untuk cara repair pendrive yang korupsi(Cara 1). And melalui pengalaman yang dah ada(disebabkan banyak search cara repair pendrive), xkesemua pendrive boleh diselamatkan datanya mahupun pendrive tu sendiri. Peluang adalah 50-50. Setiap masalah ada cara penyelesaiannya, tapi kalau pendrive tu dah betul2 "mati", longkang ialah kuburnya.
Sekarang post terbaru tutorial kali ni ialah cara kedua untuk repair pendrive yang korupsi and peluang untuk selamatkan data.


Saya ingin membawa tranformasi dengan menjadi Power Rangers. Lame.


Di bawah ni adalah mesej yang keluar kepada mereka yang pendrivenya jadi korupsi. But don't be worry. Just follow this guide.
recover data usb memory
Contoh mesej yang keluar 
Langkah 1:

- tekan START>RUN>taip CMD. Lepas tu taip
chkdsk e: /r                                                                                                            

Tujuan chkdsk command adalah untuk check disk kita jika terlibat dengan korupsi. Untuk e: pula adalah beritau kita punya drive letter bagi pendrive yang korang cucuk. And /r pula bermaksud repair. Nanti akan ada keluar amaran. Jangan ambik port ngan amaran itu dan just tekan Y.
recover data usb memory


Langkah 2

- nanti akan keluar mesej dia tanya nak simpan tak fail dah lost chain tadi, tekan Y.
recover data from usb memory stick
Sabar...
recover data usb drive free


Nanti akan keluar report yang bahawa mereka sudah siapkan kerja and korang boleh try tengok ada ke x. Jika tiada, keberangkalian pendrive anda meninggal dunia adalah tinggi.
recover data from usb drive

Tadaa.. Try cuba test tengok kepada mereka yang sayang data mereka tu.
Sumber : makeuseof

6 comments:

  1. halamakkk...lmbt plak jumpe post ni..(pdhl xpenah carik pon kat google >.<

    kite ade pendrive tp slalu je ade mslh..last² xsempat nk betulkan die da hilang..hahaa..bunuh diri kot..toink²

    nway post yg membina..TQ :D

    ReplyDelete
  2. bagusnya, nak cuba juga lah..terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. good info! if kena ke nnt bole dtg sini refer balik =)

    ReplyDelete
  4. nak tanya kenapa lepas taip chkdsk e: /r keluar kat situ ( The type of the file system is NTFS. Unable to determine volume version and state. CHKDSK aborted). So nak buat macam mana ye.

    ReplyDelete